Print

SRAI

Written by Super User. Posted in SRAI

UJIAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM NEGERI PERAK ( SRAI )

 

LATAR BELAKANG

  1. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak hingga kini telah mengelola sejumlah lebih 670 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi KAFA  yang mengandungi sejumlah 84,000 pelajar dari tahun satu hingga tahun enam.
  2. Di tahun lima (5) para pelajar KAFA dikehendaki menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang di kelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala di tahun satu, dua dan tiga, para pelajar menduduki peperiksaan akhir tahun yang seragam dikendalikan oleh Pertubuhan Pendokong Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (PPSR).
  3. Bagi pelajar-pelajar tahun enam, tumpuan pelajar lebih cenderong kepada peperiksaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu (UPSR). Kehadiran pelajar di kelas-kelas KAFA agak merosot dan berkurangan.

OBJEKTIF

  1. Memastikan pelajar tahun enam SRAR KAFA mengikuti sukatan mata pelajaran tahun berkenaan.
  2. Meningkatkan jumlah kehadiran murid ke kelas KAFA.
  3. Mewujudkan peluang persaingan untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri ( SMAN ).
  4. Memberi pengiktirafan kepada  pelajar SRAR KAFA dengan mengeluarkan sijil. 

 

 CALON 

  1. Pelajar tahun Enam di Sekolah Rendah Agama Rakyat Integrasi KAFA/KAFA Tulen
  2. Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
  3. Pelajar tahun Enam di Sekolah Rendah Agama Rakyat Sepenuh Masa.

 

MATA PELAJARAN YANG DIUJI

  1. Al-Quran dan Tajwid
  2. Akhlak dan Sirah
  3. Tauhid dan Feqah
  4. Lughatul Quran
  5. Jawi dan Khat

 

PUNCA KUASA

 Ujian ini dilaksanakan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak    Bil. 1/ 2008 yang dipengerusikan oleh Sohibul Samahah Tan Sri Dato’ Seri Mufti  Kerajaan Negeri Perak. 

  

YURAN UJIAN

Yuran Ujian SRAI sebanyak RM 5.00 bagi setiap calon.

 

UJIAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM PERAK (SRAI)

1. Tarikh Ujian :

    -  Dilaksanakan selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

 2. Pusat Ujian :

   -  Mengikut pusat ujian bagi Ujian UPKK dan menggunakan Kod Pusat yang sama.

      * tertakluk kepada perubahan

 3. Bentuk Ujian :

     -Ujian bertulis ( 5 kertas soalan )

 

SIJIL UJIAN SRAI

 Bahagian Pendidikan JAIPk akan mengeluarkan sijil kepada semua calon yang menduduki Ujian tersebut