Print

PENANGGUHAN PENGANJURAN DAN PENGLIBATAN AKTIVITI LUAR

Written by Super User. Posted in UNIT HEM & KOKURIKULUM

SEMUA PENGETUA / GURU BESAR / MUDIR

1. SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI

2. SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT

3. MAAHAD TAHFIZ SWASTA

4. PUSAT PENGAJIAN PONDOK

5. SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT INTEGRASI

6. SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT SEPENUH MASA

7. TADIKA ISLAM PERAK

 

PENANGGUHAN PENGANJURAN DAN AKTIVITI LUAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Perak sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan warga sekolah dibawah pentadbiran ini. Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 12 Mac 2020 mengenai semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) adalah ditangguhkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

3.         Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini menasihatkan agar semua aktiviti luar seperti sukan, ihtifal dan seumpamanya ditangguhkan atau dibatalkan serta merta mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Sila muat turun surat siaran di pautan berikut.

 

MUAT TURUN SURAT SIARAN   - SILA KLIK DISINI -