FALSAFAH
Pendidikan Islam Adalah Satu Usaha Berterusan Untuk Menyampaikan Ilmu, Kemahiran Dan Penghayatan
Islam Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah Bagi Membentuk Sikap, Kemahiran, Keperibadian
Dan Pandangan Hidup Sebagai Hamba Allah Yang Mempunyai Tanggungjawab
Untuk Membangun Diri, Masyarakat, Alam Sekitar Dan Negara Ke Arah
Mencapai Kebaikan Di Dunia Dan Kesejahteraan Abadi
Di Akhirat.
Pendidikan Islam Adalah Proses Pembinaan Dan Penyempurnaan Insan Mukmim Yang Berilmu, Berhikmah,
Berketerampilan, Beriltizam Dengan Nilai-Nilai Kesolihan Dan Setia Melaksanakan Tanggungjawab Pengabdian
Serta Kebaktiannya Sebagai Hamba Allah Dan Khalifah-Nya. Berpandukan Petunjuk Wahyu Dan
Berlandaskan A'qidah Islamiah Yang Berteraskan Tauhid, Usaha Ini Bermatlamat Membentuk
Peribadi Rabbani Yang Terpadu, Seimbang Dan Murni
Demi Mencapai Keredhaan Allah.