Print

UPKK

Written by Super User. Posted in UPKK

 

 

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 

 

1.0 MATLAMAT

Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

 

2.0 BIDANG-BIDANG YANG DINILAI

2.1       Al-Quran.

2.2       Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).

2.3       Sirah

2.4       Adab (Akhlak Islamiyah )

2.5       Jawi dan Khat

2.6       Asas Lughatul Quran

2.7       Penghayatan Cara Hidup Islam.

2.8       Amali Solat

 

3.0 BENTUK PENILAIAN

3.1       Bentuk Lisan                            :    Al-Quran

3.2       Bentuk Amali                           :    Amali Solat

3.3       Bentuk Lisan & Pemerhatian  :        Penghayatan Cara Hidup Islam

3.4       Bentuk Penulisan                    :     Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )

                                                                  Sirah

                                                                  Adab (Akhlak Islamiyah)

                                                                  Jawi dan Khat

                                                                  Asas Lughatul Quran

 

4.0 PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK

 4.1         Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan.

  4.2         Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak. 

 

5.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

5.1       Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.

5.2       Mengikut Kurikulum KAFA.

5.3       Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).

5.4       Berdaftar untuk menduduki UPKK.

 

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

          6.1       Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).

          6.2       Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

 

 

7.0 PUSAT UPKK

        7.1   Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara

                Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.

7.2   Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan

        hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

 

7      8.0 PENGENDALIAN PENILAIAN

8.1 Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik    

      pihak  pelaksana KAFA Negeri.

         8.2 Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh

               guru-guru murid yang  dinilai.

 8.3  Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian

        peperiksaan.

       8.4   Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

 

9.0  ** PENGGREDAN

      9.1   Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

2A (Tahap Cemerlang) 80-100
3B (Tahap Baik) 60-79
4C (Tahap Memuaskan) 40-59
5D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39

                                                   * * Tertakluk kepada sebarang perubahan

 

10  SIJIL

Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai